Latar belakang Giovanna d'Arco

Ini merupakan opera ke-7 gubahan Verdi , pertama kali dipersembahkan di Teatro alla Scala di Milan pada Februari 15, 1845. Pelakon pertama peranan Giovanna ialah Erminia Frezzolini, yang pernah muncul dalam I Lombardi alla prima crociata dua tahun sebelumnya. Beliau berpasangan dengan suami beliau, penyanyi tenor, Antonio Poggi, sebagai Raja Perancis, Charles. Penyanyi bariton, Filippo Colini pula melakonkan peranan ayah kepada Giovanna, iaitu Giacomo.

Persembahan-persembahan terbaik yang dibuat di Amerika Syarikat bersama dua konsert di Carnegie Hall: dilakonkan oleh Teresa Stratas (1966)[1] dan June Anderson (1996).[2] Opera ini juga dipersembahkan di konsert bertempat di Avery Fisher Hall pada 1985, dilakonkan oleh Margaret Price, Carlo Bergonzi dan Sherrill Milnes. [3] Pementasan penuh opera ini dibuat di New York City Opera pada tahun 1999, dilakonkan oleh Lauren Flanigan.[4]